Agama Kristian Pandangan agama tentang bunuh diri

Agama Kristian Awal

Agama Kristian Awal tertarik kepada kesyahidan yang merupakan suatu tindakan yang dibenarkan oleh agama mereka. Kematian Jesus juga dianggap sebagai sejenis bunuh diri oleh sesetengah orang, umpamanya Tertullian. Adanya tujuh kes bunuh diri dalam Wasiat Lama. Dalam kitab Matthew 27:3, pembunuhan diri Judas Iscariot yang mengkhianati Jesus mungkin merupakan suatu tanda sesal atau sekurang-kurangnya suatu pengakuan kebersalahannya.

Kumpulan penyokong bunuh diri yang paling terkenal ialah kumpulan Donatis yang mempercayai bahawa melalui membunuh diri, mereka boleh mencapai kesyahidan dan naik ke syurga. Mereka melompat dari cenuram, membakar diri dalam bilangan-bilangan besar, serta menghentikan pengembara-pengembara dan menawarkan wang atau mengugut mereka dengan kematian untuk menggalakkan mereka membunuh orang yang dikatakan syahid Donatis. Mereka itu akhirnya diisytiharkan sebagai pembidaah.

Bagaimanapun ketika agama Kristian menjadi agama utama Empayar Rom, pandangan-pandangannya terhadap bunuh diri beransur-ansur berubah. Pada abad ke-5, St. Augustine menulis sebuah buku yang berjudul Kota Tuhan (The City of God) dan di dalamnya, beliau membuat kutukan pertama dalam agama Kristian terhadap bunuh diri. Justifikasi untuk kutukannya ialah tafsiran baru bagi rukun, "Jangan membunuh", dengan alasan-alasannya yang lain berasaskan "Phaedra" oleh Plato. Walaupun ini hanya merupakan tentangan kemanusiaan, sesetengah orang Kristian kesudahannya menindas orang-orang yang membunuh diri, menghina mayat-mayat mereka (dengan kekadangnya mengebumikan mayat mereka di simpang jalan dengan sebatang pancang menembusi mayat mereka), memfitnah mereka, serta menyeksa keluarga-keluarga mereka.

Pada abad ke-6, bunuh diri menjadi suatu dosa keagamaan serta jenayah sekular dan pada tahun 533, sesiapa yang membunuh diri kerana dituduh melakukan jenayah tidak dibenarkan upacara pengebumian Kristian yang merupakan keperluan untuk naik ke syurga. Kemudian pada tahun 693, sebarang percubaan untuk membunuh diri juga menjadi jenayah gereja yang dihukum dengan pengucilan, diikuti oleh tindakan-tindakan sivil.

Banyak orang Kristian mempercayai tentang kesucian nyawa manusia, suatu prinsip yang secara umum mengatakan bahawa semua nyawa manusia adalah suci — suatu ciptaan Tuhan yang mengagumkan dan sungguh mengajaibkan — dan setiap usaha harus diambil untuk menyelamatkan dan mengekalkannya jika mungkin.

Tidaklah sehingga kira-kira seribu tahun selepas St. Augustine bahawa orang-orang Kristian sekali lagi menyoal tentang bunuh diri. Walaupun mereka masih mempercayai bahawa bunuh diri umumnya adalah salah, orang-orang Kristian yang liberal berpendapat bahawa orang-orang yang memilih untuk membunuh diri berasa terlalu sedih dan Tuhan Kristian yang penuh dengan kasih sayang akan mengampunkan perbuatan mereka.

Katolisisme Moden

Dalam agama Katolisisme, kematian melalui bunuh diri dianggap sebagai suatu dosa besar. Alasan utama Kristian adalah bahawa hayat seseorang dimiliki Tuhan dan oleh itu, pemusnahan nyawa disamakan dengan perbuatan untuk menguasai apa yang sebenarnya dipunyai Tuhan. Bagaimanapun, alasan ini ditentang oleh David Hume yang berpendapat bahawa jika membunuh ketika seorang masih semula jadinya hidup adalah salah, ia haruslah salah juga untuk menyelamatkan nyawa seseorang yang akan semula jadinya mati, kerana ini juga kelihatan menentang kehendak Tuhan. Walaupun demikian, perbezaan antara pendapat-pendapat ini mungkin dapat dirapatkan berdasarkan doktrin Katolik tentang cara-cara luar biasa: Gereja Katolik mengajar bahawa tidak adanya sebarang kewajipan moral bagi sesiapa memilih kaedah-kaedah luar biasa untuk menyelamatkan orang-orang yang menghadapi kematian yang mungkin.

Perkara 2281 dalam Soal Jawab mengatakan:

2281: Bunuh diri menentang kecenderungan semula jadi manusia untuk memelihara dan mengekalkan hidupnya. Ia menentang kasih sayang kepada diri sendiri. Ia juga menyinggung kasih sayang jiran kerana ia memutuskan pertalian perpaduan secara tidak adil dengan keluarga, negara, dan masyarakat-masyarakat lain yang terus kita punyai kewajipan. Bunuh diri adalah bertentangan dengan kasih sayang kepada Tuhan hidup.

Soal Jawab Gereja Katolik 1997 menunjukkan bahawa bunuh diri mungkin tidak selalunya dilakukan dengan kesedaran yang penuh – dan oleh itu tidak seratus peratus dianggap salah dari segi moral: "Gangguan psikologi yang teruk, sesakan jiwa, atau ketakutan terhadap kesusahan, penderitaan, atau penyeksaan, boleh mengurangkan kebertanggungjawapan seseorang yang membunuh diri."

Konteks yang penting tentang pengutukan bunuh diri Gereja Katolik ialah desakan mutlak Gereja terhadap kesucian hidup. Adalah dari segi ini, dan memandangkan bahawa perbuatan itu dilakukan oleh seseorang yang berfikir selepas pertimbangan jelas bahawa Gereja menganggap bunuh diri sebagai salah satu daripada dosa yang paling besar dan dengan itu mengakibatkan risiko penglaknatan abadi.

Seriusnya pendirian Gereja terdiri daripada dua alasan:

  1. Bunuh diri ialah penolakan kasih sayang Tuhan kepada manusia, dan kasih sayang manusia kepada Tuhan.
  2. Bunuh diri mengakibatkan perpecahan komuniti-komuniti kawan, orang-orang yang disayangi, dan masyarakat umumnya.

Agama Protestan Moden

Orang-orang Kristian Konservatif (mazhab-mazhab Evangelisme, Karismatik, dan Pentekostalisme) sering memperdebatkan bahawa oleh sebab bunuh diri melibatkan pembunuhan, jadi sesiapa yang melakukannya akan turun ke neraka. Beberapa tokoh Bible telah membunuh diri, dengan yang paling terkenal ialah Judas Iscariot yang menggantung diri selepas mengkhianati Christ. Sedangkan bunuh diri diperlakukan dengan cara yang negatif dalam kitab Bible, tidak adanya sebarang ayat yang tersurat di dalamnya yang mengatakan secara langsung bahawa bunuh diri akan mengakibatkan nerhaka. Oleh itu, terdapat kepercayaan yang semakin bertumbuh bahawa orang-orang Kristian yang membunuh diri masih akan diberikan Syurga.

Walau bagaimanapun, walaupun orang-orang Kristian masih mempercayai bahawa bunuh diri adalah salah pada umumnya, mereka masih menganggap bahawa orang-orang membunuh diri hanya kerana mereka berasa terlalu sedih dan oleh itu, mempercayai bahawa Tuhan Kristian yang penuh dengan kasih sayang akan mengampunkan perbuatan mereka itu.